okay sape suka bunga angkat tangan macam saya
okay sape yg tak suka boleh main jejauh *shuhh shuhh*
*cause i love roses muahh*
oleh kerana aku suka bunga, so yeah i give you all yg nak hadap exam tu bunga as a good luck maybe? haaa boleh kan? *kalau tak boleh pun ikut suka hati aku lah kan?*
kata orang, bagi lah benda yg kita paling suka kat orang lain. betul? yeaaa betul lah apa pulak tak betul.
nak bagi coklat tak boleh sebab aku takde duit haha *tsk tsk*
kang kalau korang gemuk makan coklat yg aku bagi, ti korang salahkan aku pulak. nak kena tampor ke?
okay bukan tu yg aku nak story senanya. biasalah intro mestilah panjang menarik tertarik.
kau nampak kan tajuk atas tu?
haaa k. korang mesti tahu or penah dengar or penah baca pasal D-U-I-T kan?
huishhhh bukan duit yg korang wat beli cekelat bg kat awek tuuuu.
duit lah duit.
1-DOA
2-Usaha
3-Ikhtiar
4-Tawakal
*bermula dari situ*, so korang dah tahu lah kan?
1- DOA.
okay as you know, sebaik-baik tempat meminta pertolongan adalah padaNya. sungguh. kalau kita bergantung kat manusia, suatu hari nanti, maybe time kita nak mintak tolong tu dorang dah lari jauh. sebab time tu kita tengah susah. mungkin keluarga ada kat belakang kita untuk support kita, tapi perasaan sakit hati perasaan sedih tu mesti ada kan?
*sape tak rasa sedih tu jiwa dia memang kental*
sebab tu aku cakap, mintak tolong pada Dia. Allah pegang hati kita. contoh lah kan, kita nak exam, kita mintak tolong dengan Allah, mintak permudahkan segala urusan. kau mintak tolong ngan manusia pun buat apa? kau dapat apa?
2- USAHA TANGGA KEJAYAAN.
semua orang nak berjaya. ada ke yg nak gagal? hmm setakat ni aku tak pernah dengar lagi orang nak gagal dalam hidup.
*tepuk tangan tuk diri sendiri sebab semangat nak berjaya tu ada*
okay. ada ke yg berjaya dengan goyang kaki? tengah duk relax-relax, tetiba success datang golek-golek kat kaki kita. ada ke? hmm kita nak berjaya kena ada usaha. USAHA ATAS KAKI SENDIRI. jangan harap orang lain tuk bantu kita support kita dua-puluh-empat-jam.
aku bagi contoh lah kan, dua orang budak universiti, A & B, sama kos sama kelas, nak menghadapi final exam, yang si A usaha gila fokus baca buku tak buat benda lagha jaga segala benda, dalam exam tak meniru, jujur ngan diri sendiri.
si B pulak main-main je baca buku, masuk dewan mintak jawapan ngan org sebelah, curi kertas kawan.
dan dua-dua budak ni BERJAYA dapat dekan. kau agak-agak, si B ni bangga ke nak tunjuk result dia kat mak ayah dia? *jujurlah ye* semua boleh fikir.
3- IKHTIAR
okay benda ni lebih kurang sama je ngan usaha kat atas tu. heks.
and the lasttttttt one is,
4- TAWAKKALTU 'ALA ALLAH
kau usaha banyak mana pun, doa tak henti-henti pun, tapi tak serahkan semua tu pada Dia acane? kau dah doa, dah habis usaha, kerah tenaga ikhtiar benda tu benda ni, tapi jangan lupa, last sekali kita tawakal pada Dia. insha Allah, segalanya akan dibalas setimpal.
doa tanpa usaha tu bohong namanya.
usaha tanpa doa pula adalah sombong.
k lol. panjang lebar aku menaip gaya mcm esok tak exam haha. so, i wish you all ALL THE BEST for final exam, in your life, in everything. Assalamualaikum.
love,
NKG.
