Thursday, August 7, 2014

Salam Lebaran :)



Assalamualaikum everyone <3

wanna wish you all,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
*walaupun dah agak lambat tapi apa ada hal, raya sebulan kannn*

di kesempatan ini, aku nak mohon maaf atas semua salah silap aku sama ada sengaja mahupun tak sengaja. mohon maaf atas keterlanjuran kata, kekasaran fizikal. 
apa-apa je lah ya.

may you all have a happy raya ever after.


nasihat saya:
  • saling bermaaf-maafan lah dalam apa jua waktu dan keadaan sekalipun. jgn tunggu raya je :)
  • bagi kaum hawa mahupun adam, jangan over dressing ye.
  • jangan membazir. ingatlah orang yg dalam kesusahan.

loves,
NKG ^.^


Wednesday, May 28, 2014

GOOD LUCK EVERYONE.

Assalamu'alaikum hai hello.

okay sape suka bunga angkat tangan macam saya
okay sape yg tak suka boleh main jejauh *shuhh shuhh*

*cause i love roses muahh*

oleh kerana aku suka bunga, so yeah i give you all yg nak hadap exam tu bunga as a good luck maybe? haaa boleh kan? *kalau tak boleh pun ikut suka hati aku lah kan?*
kata orang, bagi lah benda yg kita paling suka kat orang lain. betul? yeaaa betul lah apa pulak tak betul.
nak bagi coklat tak boleh sebab aku takde duit haha *tsk tsk* 
kang kalau korang gemuk makan coklat yg aku bagi, ti korang salahkan aku pulak. nak kena tampor ke?

okay bukan tu yg aku nak story senanya. biasalah intro mestilah panjang menarik tertarik.
kau nampak kan tajuk atas tu?

haaa k. korang mesti tahu or penah dengar or penah baca pasal D-U-I-T kan?
huishhhh bukan duit yg korang wat beli cekelat bg kat awek tuuuu.
duit lah duit.

1-DOA
2-Usaha
3-Ikhtiar
4-Tawakal

*bermula dari situ*, so korang dah tahu lah kan?

1- DOA. 
okay as you know, sebaik-baik tempat meminta pertolongan adalah padaNya. sungguh. kalau kita bergantung kat manusia, suatu hari nanti, maybe time kita nak mintak tolong tu dorang dah lari jauh. sebab time tu kita tengah susah. mungkin keluarga ada kat belakang kita untuk support kita, tapi perasaan sakit hati perasaan sedih tu mesti ada kan? 
*sape tak rasa sedih tu jiwa dia memang kental*
sebab tu aku cakap, mintak tolong pada Dia. Allah pegang hati kita. contoh lah kan, kita nak exam, kita mintak tolong dengan Allah, mintak permudahkan segala urusan. kau mintak tolong ngan manusia pun buat apa? kau dapat apa?

2- USAHA TANGGA KEJAYAAN.
semua orang nak berjaya. ada ke yg nak gagal? hmm setakat ni aku tak pernah dengar lagi orang nak gagal dalam hidup. 
*tepuk tangan tuk diri sendiri sebab semangat nak berjaya tu ada*
okay. ada ke yg berjaya dengan goyang kaki? tengah duk relax-relax, tetiba success datang golek-golek kat kaki kita. ada ke? hmm kita nak berjaya kena ada usaha. USAHA ATAS KAKI SENDIRI. jangan harap orang lain tuk bantu kita support kita dua-puluh-empat-jam. 
aku bagi contoh lah kan, dua orang budak universiti, A & B, sama kos sama kelas, nak menghadapi final exam, yang si A usaha gila fokus baca buku tak buat benda lagha jaga segala benda, dalam exam tak meniru, jujur ngan diri sendiri.
si B pulak main-main je baca buku, masuk dewan mintak jawapan ngan org sebelah, curi kertas kawan.

dan dua-dua budak ni BERJAYA dapat dekan. kau agak-agak, si B ni bangga ke nak tunjuk result dia kat mak ayah dia? *jujurlah ye* semua boleh fikir.

3- IKHTIAR
okay benda ni lebih kurang sama je ngan usaha kat atas tu. heks.

and the lasttttttt one is,
4- TAWAKKALTU 'ALA ALLAH
kau usaha banyak mana pun, doa tak henti-henti pun, tapi tak serahkan semua tu pada Dia acane? kau dah doa, dah habis usaha, kerah tenaga ikhtiar benda tu benda ni, tapi jangan lupa, last sekali kita tawakal pada Dia. insha Allah, segalanya akan dibalas setimpal.

doa tanpa usaha tu bohong namanya.
usaha tanpa doa pula adalah sombong.

k lol. panjang lebar aku menaip gaya mcm esok tak exam haha. so, i wish you all ALL THE BEST for final exam, in your life, in everything. Assalamualaikum.

                                                                                                                     love,
                                                                                                                    NKG.

Saturday, May 24, 2014

F I N A L E X A M

Assalamualaikum ebelibedi.

Alkisahnya *ahak intro kemain* okay

 esok aku nak FINAL EXAM dah. eheh. tapi aku rasa diri aku cam tak berguna sebab tak ada semangat langsung oii nak exam. bukak buku? haremm. k k jap lagi aku bukak *harapan & semangat berkobar* hmm

aku tak rasa nak update blog malam ni tapi tangan aku gatal nak menaip so sorry kalau aku merapu *elleh ikut suka hati aku lah dah blog aku bukan ada org baca pun booo :p*

 .haihh kerja aku duk merapu je seminggu dua ni. kot merapu benda elok takpe lah jugek ni duk marah orang tu marah org ni *Astaghfirullahalazim*. kadang tu bila marah semua benda nak keluar dari mulut ni hmm so SORRY guys.

okay esok mohon kunci jam bebanyak kot lah tak sedar. exam kol lapan oi. seminggu nih keje tido je aku ni. naik berlemak dah kot *lepas final gi jogging hm harapan lagi*

okay esok pepagi kol mak. mohon restu okay. restu mak tu penting. redha Allah terletak pada redha ibu bapa betui dak? mohon maaf salah silap.

memandangkan hari esok belum tentu ada utk kita, so aku mintak maaf siap2 kat semua orang baik kawan rapat aku or kawan tak rapat aku or siblings aku or classmates aku mahupun makcik pakcik alaa semua lah senang citer.

tapi paling penting mak lah. ye dak?
mak, adik mintak maaf ye. selalu janji nak kol tapi mcm harem ah janji tapi tak tunai. serba salah oi bila mak cakap lama tak kol hmm k again I'm sorry, mom. restukan segalanya. abah, i miss you 😭 insha Allah pepagi esok adik kol ye. muahhh i love you both. kepada kakak kakak dan abang abangku, doakan adik kalian ini selamat menduduki exam ecewahhh mcm nak gi perang dah aku rasa.

okay itu saja.

moral of the story utk malam yg kelam ini *pasal tu lah blog aku takde kaler kaler mlm ni haha* :

1- mati itu pasti tapi kita tak tahu bila masa kita. kotlah time aku duk menaip ni tetiba malaikat tarik nyawa kan? nauzubillahiminzalik.

2- ingat Allah sentiasa. kat mana pun kau berada.

3- jgn lupa mak ayah. banyak oii pengorbanan dorang. sape yg tak ingat tu mohon lempang pipi sendiri lelaju ye.

4- tiada kejayaan tanpa usaha. ok mmg ada je yg berjaya dapat dekan tanpa baca buku bersungguh cam org lain tapi dah Allah tetapkan rezeki dia. ye dak?

5- sebelum tidur, mintak maaf ngan semua org. ko taktau hati manusio eh manusia lah. haa hati dorang an. kot lah ada yg terasa ngan kita tapi kita taktau hmm sobs. aku mintak maaf guys almaklumlaaa mulut aku ni takde break terus boom boom boom ja keluar tak berhenti. SORRY.

6- aha ni special. kalau perasan moral aku lg pnjang dari story ahaha k.

itu saja utk malam ni. Assalamualaikum.

lots of love,
NKG ❤

Tuesday, May 6, 2014

Jaga 'Nawaitu' Kita

Assalamualaikum & Hai.
*long time no see cause i was too busy and now pun i busy lagi dengan test quiz bagai hmm ujian ya dak?*

okey kengkawan. let's start.

Setiap kali kita post gambar kat instagram, update status kat facebook, duk tweet pasal tu pasal ni kat twitter, update moment bagai kat wechat, ehhem,  

EHHEM NIAT KITA APA?

kata-kata ni dari seorang akhi:

"Assalamualaikum ya soleh wa solehah, sama-sama kita muhasabah diri, ingat setiap kali kita post dakwah, biarlah kerana Allah. LILLAHI TAALA. tak kisah la like banyak ke sikit ke, yang penting orang faham dan Allah redha. Jangan rasa bangga bila post kita tu ramai orang like. Kadang, tanpa kita sedar, timbul perasaan riak. Jadi ingat, apa-apa pun, dakwah biarlah kerana Allah".

Allahuakbar. syukran akhi. sangat bermakna. ingat ni ye:

BERDAKWAH DI FACEBOOK NAK BAGI MANUSIA LIKE ATAU NAK BAGI ALLAH LIKE?

OKAY. FIKIR SESAMA K. MUHASABAH DIRI BALIK. CHECK NIAT KITA. TAJDID NIAT SELALU.

good night, sayang sekalian.

love,
NKG (>.<)

Sunday, April 13, 2014

a u r a t

Ramai yang tak berapa nak sedar tentang benda ni. Mungkin sedar tapi buat2 tak sedar. Mungkin?

Okay.

Assalamualaikum ladies and gentlemen.

Ehhem.

Pakai baju tak tutup aurat then upload ke laman sosial tu dosa.

Pakai pakaian tutup aurat sempurna, pastu upload gambar ke laman sosial dengan niat menunjuk-nunjuk dan mengharapkan pujian org about betapa solehahnya, betapa solehnya kita. satu, Dosa menunjuk-nunjuk. dua, Dosa riak dengan kebaikan kita menutup aurat.

Kita tutup aurat sempurna tapi kawan sebelah free hair. Jangan duk tayang sengih lebar ye, kita pun duk tanggung dosa sebab tayang gambar kawan kita tak tutup aurat. Dalam hati duk niat biar org cakap betapa solehahnya kita nak dibandingkan dengan kawan kat sebelah.

Allahu.

Tapi niat orang kita tak boleh pertikai. Mungkin dia berniat, dengan gambar tutup aurat sempurna tu boleh tarik orang lain utk tutup aurat jugak. Alhamdulillah kalau macamtu.

Tapi apa pun, kalau nak upload sangat, check dulu gambar tu pass ke tak. Dah tutup aurat sempurna? Tak buat gaya selfie muncung itik? Ok.

Tapi nasihat saya, kalau boleh tak payah lah upload gambar kita. Ya? Saya tak halang tapi ni ja yang saya mampu buat.

Hugs,
NKG 👧


Friday, April 11, 2014

Akhirat diutamakan ❤

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat 5A UPSR...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...




Dulu saya dapat 8A dalam PMR...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...




Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....




"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."




Kata mereka....




Tapi...




Pada suatu Subuh...




Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...




Saya bacakan surah Abasa...




Dan sebak ketika sampai ayat:




Yaumayafirrul mar'umin akhih.....




Wa ummihi...wa Abih....




Selesai solat, semasa perjalanan pulang...




Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?




Saya jelaskan....




Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...




Ibunya...




Ayahnya....




Isterinya...




Anak-anaknya...




Saya katakan...




Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...




Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...




Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......




Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...




Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...




Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...




Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?




Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....




"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."




Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...




Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....




Wahai hamba Allah...




Apa sebenarnya yang kalian kejar?




Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?




Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...




Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?




Wahai  saudaraku...




Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?




Sebelum lubang kubur kalian akan digali?




Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?




*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

Okay kawan kawan, ambik iktibar dari kisah ni. Serius, tinggi mana pun jawatan kita atas dunia ni, tapi kalau tak berlandaskan apa yg Allah suruh hmm takde guna.

Why not kita gunakan jawatan kita tu untuk tarik lagi ramai org kepada islam.

Usaha yg disukaiNya, insha Allah akan dipermudahkan jalan olehNya.

Dan ingat, mulut manusia ni kita memang takleh tutup. Sikap sesetengah manusia itu sendiri yang sering tidak berpuas hati dengan orang lain. Jika ada yg menentang usaha kita, itu ujian buat kita. Dan Allah tidak sesekali membebani kita melainkan kita mampu untuk menghadapinya.

Okay good night.

Love,
NKG 👧

Thursday, April 10, 2014

Alhamdulillah

Okay.

Nak tanya ye, berapa kerat je bila bangun pagi ucap الحمد لله?

Berapa kerat ja bila nak tidur yg muhasabah diri balik untuk apa yg dia buat hari tu?

Aku tak aim orang lain, tapi serius aku tuju kat diri aku sendiri.

Kadang dalam sehari duk buat benda lagha  lagi banyak dari benda bermanfaat.

Mak mintak tolong ja, banyak nya alasan kita bagi.

"Ala mak, orang banyak kerja lah nak kena buat"
"Kejap lagi lah"
"Org nak baca buku nih. Banyak test lah"

Hmm

Tapi untuk laman sosial facebook, instagram, twitter, wechat  semua tu banyak pulak masa kita.

Sama lah jugak bila nak jumpa tuhan kita. Cincai cincai je.

Apa yang aku nak cakap kat sini, jika ditanya banyak mana nikmat yg Allah bagi kita, kau ada jawapan?

SUNGGUH. TAK TERNILAI NIKMAT YANG ALLAH BAGI. 

Nak cakapnya, banyak sangat Allah bagi kita.

Ibu bapa.
Adik-beradik.
Kawan.
Suami/isteri.
Anak.
Tempat belajar selesa.
Makan pakai cukup.
Udara.
Banyak lagi.

Tapi, kita semua balas dengan apa? Tak bersyukurkah kita?

Allahuakbar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Subhanallah.

Okay that's all. Good night. Assalamualaikum.

Hugs,
NKG 😘






Wednesday, April 9, 2014

think positively

Assalamualaikum. Hai. Hello 😃

Ehhem.

Mungkin.

Mungkin dulu dia seorang pembunuh.

Mungkin juga seorang pencuri.
Boleh jadi kisah silamnya sangat teruk.
Mungkin dulu dia sangat jahil tentang agama.
Dan segala mungkin yang lain.

Okay.

Tapi wajarkah kita menghukum masa depan seseorang based on masa lalu dia?
Tinggi sangat ke daulat kita sampai nak judge orang tu begitu orang ni begini?
Mulia sangat kah kita sampai pandang hina orang lain?

Apa yang boleh disimpulkan di sini,

Boleh jadi seorang yg dulunya sangat jahil akan jadi seorang yg teguh pegangannya dalam agama.
Boleh jadi juga orang yg kita pandang hina itu bakal menjadi seorang yang menegakkan agama Allah.
Boleh jadi dia jugalah yg berani menegakkan kebenaran di saat orang lain menyorok kerana takutkan kuasa kejahilan.

Allahu. 

Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa rakan-rakanku, dosa saudara seislamku. Amin.

Okay. Sekian terima kasih 🌻